Letupan Manchester : Kementerian Ucap Takziah

Kementerian Luar Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada pihak yang terlibat dalam insiden letupan yang berlaku di Manchester Arena.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden terbabit supaya melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London seperti berikut:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London di alamat 45-46 Belgrave Square, London SW1X8QT dan boleh menghubungi di talian +44207 235 8033 dan e-mail kepada mwlondon.kln@1govuc.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.