Jamal Abdillah Nikah Wanita 23 Tahun

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Jamal Abdillah mengesahkan beliau telah mendirikan rumah tangga kali keempat dengan seorang wanita berusia 23 tahun pada 1 April lalu.

Jamal yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagaimanapun tidak mahu mendedahkan butiran majlis perkahwinan dan identiti isterinya yang berasal dari Kulim, Kedah.

“Cukup sekadar ya saya telah bernikah, selebihnya saya tidak mahu kongsikan. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” tulis penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu kepada Kosmo!

Sebelum ini Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff (bercerai), kedua, Noraina Mohd. Yusof (bercerai) dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad (bercerai).

Jamal memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.