Anak Koyakkan Duit Bernilai RM30, 800

IA adalah mimpi ngeri baru seorang bapa, Gao, apabila anak lelakinya yang berusia lima tahun telah menjadikan wang tunainya yang berjumlah kira-kira RM30,800 sebagai bahan mainan.

Lebih malang apabila wang berkenaan telah dikoyaknya kepada kepingan kecil.

Gao hanya menyedari mengenai keadaan itu selepas balik ke rumah apabila mendapati kepingan kecil wang kertas itu berselerak di atas katil dan lantai.

Lebih mengejutkan bagi Gao, yang menetap di Qingdao, China, apabila bank enggan menukar wang berkenaan kepada wang kertas yang baru.

Malah pihak bank memberitahu Gao supaya sekurang-kurangnya melekatkan semula kepingan wang berkenaan jika mahu membuat pertukaran.

Susulan itu, Gao tiada pilihan dan terpaksa menghabiskan masa selama tiga hari untuk mencantumkan semula kepingan wang kertas tersebut.

“Saya tidak boleh menyalahkan anak saya. Dia masih terlalu muda dan tidak tahu apa yang dilakukannya,’’
kata Gao

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.