Abdul Hadi Semakin Pulih

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini sedang melalui proses pemulihan.

Justeru, lawatan pada peringkat ini masih terhad dan untuk keluarga terdekat sahaja.

“Proses pemulihan dapat bergerak pantas sekiranya Tuan Guru dapat berehat sepenuhnya. Oleh yang demikian, lawatan pada peringkat ini adalah masih terhad untuk keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan sebaliknya nanti,” demikian kenyataan dalam Facebook rasminya.

Pada 16 Mei lalu, Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung.

Abdul Hadi menjalani pembedahan selama tiga jam diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IJN dan perunding kanan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub; Ketua Pembedahan Kardiotorasik, Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Anestesiologi, Datuk Dr. Suhaini Kadiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.