Penculik Mahu Beli Ubat Kencing Manis Mangsa

Kota Kinabalu – Kumpulan yang menculik dua rakyat Malaysia dari sebuah restoran makanan laut tepi laut di Sandakan baru-baru ini, terpaksa menjadi ‘doktor’ kepada seorang daripada tahanan mereka.

 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, selain daripada meminta wang tebusan dengan jumlah yang banyak bagi membebaskan Thien Nyuk Fun, 50 dan Bernard Then Ted Fen, mereka juga meminta wang untuk membeli ubat untuk Thien.

 

“Buat masa ini, penculik telah membuat tiga panggilan ke keluarga mangsa. Selain daripada meminta wang tebusan, mereka juga meminta wang tanbahan untuk membeli ubat bagi Thien penghidap kencing manis dan sedikit makanan.

 

“Kami percaya kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat dan dipindahkan dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina bagi mengelak dikesan,” katanya selepas merasmikan program latihan asas polis bantuan di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan, hari ini.

 

Thien, pemilik bersama Restoran Ocean King dan Then, salah seorang pelanggan, diculik oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu restoran itu pada jam 7.26 malam, 14 Mei lalu.

 

Drama penculikan itu berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.