Video: Beri Saya Peluang – Najib

Gopeng – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata parti dan pemimpin tidak boleh dipisahkan.

 

Beliau berkata justeru, jika seseorang pemimpin sering diburuk-burukkan, parti akan lemah.

 

 

“Kalau kita perkuatkan pemimpin, kita akan perkuatkan parti. Bila parti kuat, kita akan berjaya dalam pilihan raya.

 

“Oleh itu, inilah ramuan kejayaan kita,” katanya ketika berucap di depan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

 

Najib berkata sehubungan itu, sekarang bukan masa untuk bercakaran atau berbalah sesama sendiri.

 

“Ini masa untuk kita bersatu dan melihat agenda perubahan negara untuk mencapai status negara maju,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.