Wartawan Cadang Dyana Sofea Guna Tagline 'No Comments'

Teluk Intan – Ramai dikalangan pemerhati melihat calon DAP, Dyana Sofea dilihat masing belum cukup bersedia untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Ini kerana selain tidak cukup matang dan tidak bersedia, beliau juga dilihat lebih banyak bergantung kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang khususnya apabila berdepan dengan para wartawan ketika program sidang media yang dijalankan.

Beliau ketika yang diminta untuk mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang gagal memberikan sebarang jawapan mengenai dakwaannya sebelum ini berhubung peningkatan kadar jenayah di Teluk Intan.

Dyana sebelum ini mendakwa jenayah di Teluk Intan merupakan isu serius dan merunsingkan pengundi, namun kenyataan itu dibidas oleh Goh yang berkata berdasarkan statistik, sejak Januari lalu hingga 21 Mei, hanya sejumlah 150 kes dilaporkan, yang secara purata satu kes jenayah berlaku di Teluk Intan dalam sehari.

“Urm, saya belum tengok lagi, nanti saya komen” ujarnya ketika sidang akhbar di pejabat DAP, Teluk Intan petang tadi.

Terdahulu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya terdapat ahli DAP yang cuba menghalang ceramah yang dijalankan Dyana enggan memberikan sebarang jawapan dengan alasan beliau tidak dimaklumkan mengenainya.

Malah ketika ditanya megenai manifesto untuk para pengundi di Teluk Intan sekiranya beliua terpilih sebagai ahli parlimen, Dyana turut tidak memberikan sebarang jawapan.

Selain itu, ketika di minta mengulas mengenai isu ‘calon boneka’ yang dibangkitkan oleh Gerakan, Dyana sekali lagi kelihatan gugup sehingga menyebabkan Kit Siang terpaksa menjawab bagi pihaknya dan menyebabkan wartawan yang bertanyakan soalan tersebut meminta agar soalan itu dijawab oleh Dyana sendiri.

“Ok YB (Kit Siang), biarkan Dyana yang menjawab soalan tersebut” bidasnya kepada ahli parlimen Ipoh Timur itu yang sering mencelah dan menjawab bagi pihak Setiausaha Politiknya itu.

Tindakan Diana itu akhirnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan para wartawan yang hadir sambil menyifatkan calon DAP itu sewajarnya mengunakan tagline ‘No Comments’ sepanjang kempen pilihanraya ini.

“Panggil wartawan buat sidang akhbar, tapi bila kena soal, tak nak komen” ujar para wartawan di menghadiri sidang akhbar tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.