Video : Rayer Ulangi Kenyataan ‘UMNO Celaka’

Gelugor – ADUN DAP kawasan Seri Delima,RSN Rayer kembali mencetuskan kontroversi apabila mengulanggi kenyataan biadapnya dengan melabelkan UMNO Celaka.

Walaupun tindakannya itu sebelum ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk Pemuda UMNO, dia dilihat cuba memprovokasi dengan mengulanggi kata-kata biadap itu sewaktu berceramah dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Gelugor semalam.

Di atas pentas ceramah di Island Glades,Rayer dengan nada angkuh berkata, ” “Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO..” katannya semalam.

Utusan Online pagi Jumaat melaporkan ADUN DAP itu menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini.

Beliau juga ulangi tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini.

Sementara itu Jumaat polis terus mengadakan kawalan keselamatan sekitar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulaum Pinang di Lebuh Light dekat Padang Kota Lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.