UMNO Celaka : Rayer Tak Ada Adap Dan Memalukan DAP – Muhyiddin

Teluk Intan – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan ‘celaka UMNO’ dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lalu sebagai memalukan wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Rayer menggambarkan bahawa wakil pembangkang itu tidak mempunyai adab ketika berhujah di DUN.

“Saya dukacita dengan sikap wakil rakyat seperti itu.. tak ada adab, kurang sopan. Tindakan beliau memalukan partinya.

“Walaupun dia benci dengan UMNO tapi beliau kena lebih sopan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin di Dewan Orang Asli Erong di sini, sebentar tadi.

Muhyiddin mengulas tindakan Rayer yang melabelkan UMNO sebagai celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang, Selasa lalu sehingga ia mengundang kemarahan sekumpulan pemuda Melayu yang merempuh masuk bangunan DUN itu, kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.