Tasha Shila Semangat Saya Untuk Menang

Kuala Lumpur – “Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat kepada saya…Kehadirannya membantu saya untuk menang pertandingan itu.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA). Sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja.

“Kehadiran Tasha Shila sangat bermakna kerana saya lebih yakin untuk bertarung,” demikian kata peninju Muay Thai, Han Chen Wong yang juga kekasih kepada Tasha Shila selepas memenangi MIMMA 2 pada Ahad lepas.

Han, 24, memberitahu kepada portal mStar online, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Katanya, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

“Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai ‘cornerwoman’ tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, kekasihnya Tasha Shila berkata biarpun pertama kali bertindak sebagai ‘cornerwoman’ namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan.

“Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya.

Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya,” ujarnya.

Pada pertandingan anjuran Tune Talk itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan. — Astro Gempak
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tasha-shila-semangat-saya-untuk-menang-peninju-muay-thai-36119?cp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.