Suami Isteri Maut Digilis Dalam Kemalangan Ngeri

Kuala Lumpur – Sepasang suami isteri maut akibat digilis sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri membabitkan motosikal mangsa dengan sebuah loridi susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Lebih menyedihkan, kejadian langgar lari kira-kira pukul 8 pagi itu mengakibatkan lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata, kejadian berlaku apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.

“Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori,” katanya kepada pemberita.

Katanya, lori tersebut kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Jefri Mohd Zain, 50, dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.