Selangor:Empat Ratus Peneroka Dizalami

KUALA SELANGOR – Kira-kira 400 peneroka yang telah mengusahakan ladang tanaman kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini sejak 40 tahun lalu kesal dengan tindakan kerajaan Selangor yang didakwa mengarahkan mereka mengosongkan ladang itu.

Notis arahan pengosongan ladang daripada Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Kuala Selangor bertarikh 10 April 2014 meminta peneroka terbabit berbuat demikian dalam masa 30 hari dan tempoh itu sudah berakhir 10 hari lalu.

Lebih kejam apabila satu-satunya jalan yang digunakan untuk membawa keluar hasil kelapa sawit mereka juga telah ditutup sejak dua bulan lalu.

Wakil peneroka, Miswandi Mat Sah, 56, mendakwa, tindakan itu menyebabkan buah sawit yang sepatutnya dikutip dua bulan lalu tidak dapat dijual sekali gus punca pendapatannya hilang dalam sekelip mata.

“Kami rasa diri teraniaya apabila tidak ada sebarang pihak yang datang bagi membincangkan hal tersebut secara bersemuka.

“Notis itu hanya ditampal pada pokok kelapa sawit dan seolah-olah kami tak diberi peluang untuk membincangkan perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambah Miswandi kesemua mereka sedar tanah tersebut hak kerajaan negeri,namun dia didiami mereka sejak 40 tahun lalu dan menjadikan pertanian disitu sebagai mata mata pencarian utama untuk menyara keluarga.

L.Krishnan,68,memberi tahu sebelum ini tiada pihak yang cuba menganggu atau meminta peneroka keluar dari tanah tersebut,namun selepas pucuk pimpinan kerajaan negeri bertukar,semuanya berubah”Apabila hendak melihat hasil sawit yang diusahakan seluas 12 hektar ini setelah bertungkus-lumus selama ini hanya tinggal sia-sia sahaja.

Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang,Sulaiman Abdul Razak berkata pihaknya turut krcewa dengan tindakan kerajaan negeri itu.

Katanya,difahamkan kerajaan negeri berbuat demikian atas alasan ladang seluas kira-kira 316 hektar itu sudah diambil alih dan tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.