PR Tak Ikhlas Selesai Isu Rayer

GEORGETOWN – Kerajaan negeri DAP tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu kontroversi membabitkan Adun Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin Umno dalam sidang Dun baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, ia sudah jelas terbukti dalam sidang Dun hari ini apabila mereka tidak menyokong usul dikemukakan Adun BN untuk meminta Rayer menarik balik kata-kata itu dan meminta maaf.

Beliau berkata, Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mengemukakan usul itu tetapi ditolak oleh Speaker, Datuk Law Choo Kiang kerana tidak cukup sokongan untuk membolehkannya dibahas.

“Kami memang tahu usul ini tidak dapat dibawa untuk perbahasan kerana tidak cukup sokongan. Mengikut peraturan, setiap usul perlu mendapat sekurang-kuranga sokongan dari 10 ahli dewan.

“Hanya lapan Adun yang menyokong dan ia tidak cukup. Adun Bayan Lepas, Nordin Ahmad tidak hadir atas sebab kesihatan,” katanya pada sidang media di bilik ketua pembangkang Dun, hari ini.

Beliau kesal kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika membentangkan usul pada sebelah pagi meminta Adun BN membuat usul jika mahu Rayer meminta maaf dan bukan dengan meminta ahlinya melakukan tindakan ganas.

“Kita sudah buat mengikut peraturan dewan tetapi mereka tidak menyokong untuk membolehkannya menjadi kenyataan.

“Inilah kerajaan DAP yang hipokrasi, tidak mengamalkan politik bersih sebaliknya mendokong pentadbiran sendiri yng tidak telus dan bersih,” katanya.

Menurutnya, Guan Eng akan segera menuding jari jika BN membuat silap tetapi apabila ahlinya sendiri berbuat perkara sama, ia ditutup dengan pelbagai cara dan alasan.

Jahara berkata, jika khlas untuk selesaikan masalah ini, Guan Eng boleh meminta Rayer minta maaf. Ini paling mudah untuk menutup isu itu dari berlarutan.

“Kita mengakui adalah salah apabila apabila ahli pemuda Umno menyerbu masuk ke dalam dewan persidangan. Kita sudah meminta maaf. Tetapi mereka masih berdegil dan enggan melakukan perkara yang sama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.