Petugas Media Jadi Korban Pertama Kudeta di Thailand

Bangkok – Mangsa pertama sebaik saja tentera merampas kuasa di Thailand semalam ialah media.

Seorang bekas profesor sains politik sedang membincangkan deklarasi undang-undang tentera dalam siaran langsung di televisyen ketika program itu ditamatkan dengan arahan majlis yang dibentuk menggantikan kerajaan sivil.

Pihak tentera mengharamkan media mewawancara ahli akademik dan bekas penjawat awam mengenai pendapat mereka yang boleh mencetuskan konflik.

Sejurus selepas siaran gangguan, pengacara rancangan terbabit berkata: “Kami terpaksa menamatkan perbincangan,” sebelum tersenyum dan menyambung: “Kamu ada maklumat yang ingin ditambah?” Bekas rektor Universiti Ramkhamhaeng, Sukhum Nualsakul, sempat melambai di depan kamera dan berpesan: “Kita berjumpa lagi apabila keadaan reda.” Keadaan yang terjadi di stesen berkenan menggambarkan hak kebebasan media mula disekat sebaik saja Panglima Tentera Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan kudeta.

Prayuth mendakwa tindakan itu penting bagi mengekalkan keamanan selepas hampir krisis politik berlaku selama tujuh bulan dan tiada penyelesaian dicapai. Sekurang-kurang 28 orang maut sejak November dalam ketidakstabilan politik di Thailand.

Wartawan dan kumpulan hak asasi mengkritik tentera mengatakan mereka menyasarkan media berbanding antikerajaan.

Penyokong utama kebebasan akhbar Chiranuch Premchaiporn berkata, dengan menutup mulut rakyat, tentera menyangka mereka boleh mengawal situasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.