Pejabat DAP Kuantan ‘Diserang’ Telur Dan Kungfu

Kuantan – Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.

Identiti mereka setakat ini belum jelas.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.

Dengan memakai kain ikat di kepala, kumpulan tersebut mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai “rasict” (sic) dan “celaka”.

Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar”.

Berdasarkan video yang dimuat naik, kelihatan seorang lelaki meluru ke arah pintu pejabat dan menendangnya ala kung fu.

Kelihatan juga seorang lelaki menggunakan kayu untuk memukul papan tanda DAP.

Saksi kejadian Kamarul Hatta Mohamed Ali berkata, perhimpunan jam 3 petang itu disertai pemimpin Pemuda Umno Indera Mahkota.

Kamarul berkata, protes itu “agak ganas” dan kira-kira 20 biji telur dibaling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.