Muka Kena Torek Dengan Perompak

Kota Kinabalu – Seorang wanita tempatan kehilangan RM2,000 dan mengalami luka di muka, selepas diserang dua lelaki tidak dikenali, pada Khamis.

Wanita berusia 46 tahun itu dipercayai baru saja mengeluarkan wang dari mesin ATM di Jalan Kepayan dan memasuki keretanya, apabila dua lelaki bermotosikal menyerangnya dengan senjata tajam, berkemungkinan pisau.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata, seorang daripada penyerang itu mengugut wanita berkenaan dengan meletakkan pisau ke mukanya dan mengarahkan mangsa menyerahkan wangnya.

“Wanita itu akur, tetapi mengalami luka di mukanya,” katanya dan menambah, mangsa berada dalam keadaan stabil, selepas mendapat rawatan.

Sehingga kini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Beberapa jam selepas serangan itu, cerita dan gambar wanita berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, dipercayai dimuat naik anak perempuan mangsa yang menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.