Lelaki Ditemui Rentung Dalam Kereta

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya, ditemui rentung dalam sebuah kereta berdekatan stesen minyak Taman Kinrara, Puchong, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bomba menerima panggilan dari orang ramai pukul 2.20 petang sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Setibanya ke tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira ditemui rentung di dalam keretanya yang terbakar 90 peratus. Api dapat dipadamkan sepenuhnya lima minit kemudian,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Komander Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, S.Asirbatham berkata, seorang saksi mendakwa terlihat letupan kecil pada kereta yang sedang dipandu lelaki itu sebelum ia melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Orang ramai cuba mengeluarkan mangsa daripada keretanya, namun gagal akibat api yang marak. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan usaha mengesan identiti mangsa dengan menjejaki warisnya sedang dilakukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.