Kerana Bergurau, 2 Pelajar Parah Jatuh Bangunan

Kuantan – Gara-gara gurauan dua pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Pelangai dekat Bentong, parah selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama.

Kejadian berlaku pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata, dalam kejadian jam 6.40 petang itu, Muhamad Izzudin Mohd Saadan dan Hamirul Haqimi Hanafi, masing-masing berusia 13 tahun, cedera di bahagian muka dan badan.

“Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar terbabit saling bergurau, sebelum seorang daripada mereka mengangkat seorang lagi ke atas tembok kaki lima bangunan.

Bagaimanapun, pelajar yang diangkat itu tergelincir dan terjatuh, namun dapat dipaut rakannya, sebelum kedua-duanya terjatuh.

“Keluarga kedua-dua pelajar terbabit sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan dan polis masih menyiasat punca sebenar. Kita masih menunggu keadaan mereka stabil, sebelum mengambil keterangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.