Dyana Sofya Dakwa Sijil Peguam Telah Tamat Tempoh


Teluk Intan – Calon DAP bagi kerusi parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bukan seorang peguam seperti yangdidakwa.

Menurutnya sebaik sahaja tamat belajar, beliau telah melakukan chambering (latihan praktikal) di sebuah syarikat guaman pada Ogos 2011.

Dyana berkata, dia kemudianya menjadi rakan kongsi untuk sebuah firma guaman selama 2 tahun.

“Saya melakukan chambering pada Ogos 2011 dan menjadi rakan kongsi kepada sebuah firma guaman selama 2 tahun” katanya ketika sidang media di pejabat DAP petang tadi.

Namun menurutnya sijil peguamnya telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui kerana ingin memberikan fokus di dalam bidang politik.

“Saya adalah peguam yang dilatih (lawyer by trining) atau dalam bahasa mudah di panggil non-practicing lawyer (dan) saya (seorang) peguam” ujarnya lagi.

Pengamal media sosial sebelum ini mempertikaikan kelayakan Dyana sebagai seorang peguam sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu kesalahan jenayah.

“Adalah menjadi satu kesalahan jenayah jika menyamar menjadi peguam yang mengamalkan guaman serta ada firma guaman tanpa sah berdaftar di bawah majlis peguam Malaysia.

“Saya baru lepas semak laman web majlis peguam Malaysiawww.malaysianbar.org.my tiada nama tertera calon DAP parlimen teluk intan tertera sebagai peguam berdaftar di bawah majlis peguam.

“Adakah laman web tersebut silap atau saya silap taip nama dia Dyana sofya binti Mohd daud ? ” ujar Ahmad Shuaib Ismail di dalam laman Facebooknya.

Dyana Peguam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.