MARA bantu pelajar yang belum menerima bantuan dari agensi lain – KP MARA

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menaja seramai 423 pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) sejak tahun 1999 sehingga kini.

Manakala seramai 173 pelajar masih aktif ditaja dalam pelbagai bidang termasuk 144 pelajar perubatan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman berkata setakat 31 Mac lalu, seramai 4,510 pelajar Bumiputera dalam bidang perubatan yang sedang ditaja oleh MARA di dalam negara.

Zulfikri mengulas mengenai isu pelajar UNISHAMS yang ditolak permohonan penajaan MARA yang telah menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Semasa permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) dibuka pada November lalu , syarat pelajar tidak menerima tajaan atau bantuan kewangan daripada mana-mana penaja atau agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama telah dinyatakan secara jelas dalam garis panduan permohonan sebagai salah satu syarat utama penajaan MARA,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menegaskan syarat tersebut bukanlah syarat baharu, tetapi telah ditetapkan sejak puluhan tahun dahulu.

“Contohnya, sekiranya seseorang itu berhajat untuk membeli sebuah rumah baharu, dia tidak boleh menerima pembiayaan dari dua bank yang berbeza, begitulah juga halnya dengan pembiayaan pelajaran,”tegasnya lagi.

“MARA ingin memberi peluang kepada seramai pelajar Bumiputera yang tidak pernah menerima bantuan daripada penaja lain untuk mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.

“MARA sentiasa komited dalam menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran bagi memastikan akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti dan berdaya saing, ”tambahnya.

Pada Selasa media melaporkan seramai 50 pelajar kohort ke-11 program perubatan di UNISHAMS dipercayai berdepan tekanan kewangan serius apabila permohonan tajaan pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) belum mendapat kelulusan.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat