“Jazlan duduk gua, sibuk cari ruang lagakan saya dengan polis” – Adun Melor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Adun Melor Wan Rohimi Wan Daud mempertahankan tindakanya membuat teguran secara terbuka kepada Ketua Polis Kelantan berkaitan pendedahan penglibatan pempengaruh dan usahawan kosmetik menjadi ketua sindiket jual dadah serta sumbang mahram semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Wan Rohimi berkata, Ketua Polis negeri sebagai penjawat awam mesti mempunyai disiplin data dan pendedahan yang dibuat itu mestilah lebih mendalam.

“Perdana Menteri pun kami tegur, takkan Ketua Polis negeri tidak boleh. Pendedahan melibatkan operasi besar-besaran, siapa yang ditangkap itu dibolehkan.

“Namun, yang menjadi persoalan sekarang ialah kenyataan yang diberikan ‘kosong’, tiada tangkapan sekadar memberikan bayangan.

“Kenyataan sebegitu boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Kelantan,” lapor Utusan di Kelantan pada Rabu.

Media sebelum itu melaporkan, Umno Kelantan mengecam tuduhan Wan Rohimi mengaitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Negara berkaitan sumbangan mahram serta penyalahgunaan dadah bermotifkan politik.

Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata, beliau mencabar wakil rakyat Pas itu untuk mengulang tuduhan itu di luar daripada DUN Kelantan.

Mengulas lanjut, Wan Rohimi memberitahu, beliau meminta supaya Ahmad Jazlan tidak masuk campur dalam perkara tersebut.

“Jazlan ini duduk gua, bila dia tengok ada ruang untuk pelaga kita (saya) dengan polis maka sibuklah dia,” ujarnya.

Semalam, Wan Rohimi mempersoalkan pendedahan Ketua Polis Kelantan berkaitan penglibatan pempengaruh dan usahawan kosmetik menjadi ketua sindiket jual dadah.

Beliau juga mempersoal pendedahan berkait kes sumbang mahram dan rogol yang dibuat oleh Datuk Mohd. Yusoff Mamat itu.

Wan Rohimi berkata, kenyataan itu tidak mempunyai data dan fakta berkaitan dengan pendedahan tersebut serta seolah-olah disengajakan bagi menimbulkan persepsi bahawa Kelantan adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat