Fenomena ‘kepala dipenggal’ di cabang JB, Akmal Nasir kemuka bantahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Johor Bahru yang disandangnya, pada pemilihan PKR kali ini mengemukakan bantahan secara rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu Cabang Johor Bahru tidak terkecuali dari kejadian fenomena ‘badan tanpa kepala’.

“Saya ucapkan penghargaan buat semua petugas dan penyokong sepanjang Pemilihan PKR Cabang Johor Bahru berlangsung. Usaha berkempen sebagai satu pasukan sepanjang tempoh berkempen amat dihargai sehingga persediaan rapi yang dibuat pada hari mengundi khususnya bagi mengoperasikan semua tempat berkumpul bagi pasukan kami yang dikawal sepenuhnya oleh pasukan bagi memastikan semua undi penyokong adalah selamat dan disimpan bukti.

“Malangnya Cabang Johor Bahru tidak terkecuali dari kejadian fenomena ‘badan tanpa kepala’. Majoriti AJK Cabang yang menang iaitu 10 orang adalah daripada pasukan kami.

“Kejadian ajaib juga berlaku untuk AMK iaitu hanya ‘kepala’ Ketua AMK yang ‘dipenggal’ sedangkan Timbalan hingga semua AJK AMK menang manakala sayap Wanita pula jawatan Ketua dan Timbalan diganggu sedangkan Naib dan AJK pasukan Akmal Nasir menang.

“Oleh itu, Stanley yang mengetuai operasi pada hari pengundian telah membuat akuan bersumpah (Statutory Declaration) bagi mempertahankan jumlah undi sekurang-kurangnya 949 undi yang diterima oleh saya selaku calon Ketua Cabang Johor Bahru,” kata Akmal.

Menurut Akmal lagi, seperti yang pernah dikongsikan beliau, angka-angka ini bukan sekadar anggota yang mengundi berdasarkan GOTV malah bukti pengundian dan sokongan telah direkodkan secara jelas.

“Angka ini disokong oleh Borang 14 yang telah diperakukan oleh Ketua Tempat Mengundi, senarai pengundi beserta tandatangan pengakuan dan bukti bergambar.

“Saya akan mengemukakan bantahan secara rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Oleh itu, dipohon agar semua kekal bertenang sementara bantahan dihantar secara rasmi mengikut saluran yang ditetapkan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu tewas mengejut kepada pencabarnya yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail.

Berdasarkan keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Akmal Nasrullah memperoleh 587 undi berbanding Mohamad Taufiq (709 undi).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat