VIDEO: Kejam! Kanak-Kanak Lelaki berusia 7 tahun Dijumpai Dalam Keadaan Mata Dan Lidah Dipotong

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di India meninggal dunia dalam keadaan kejam di tangan seorang pedofil.

Dia dijumpai tidak bermaya dengan mata dan lidah yang dipotong .

Ia bermula apabila kanak-kanak itu, Purshotam Kumar bermain di luar rumah dan diberi coklat oleh penjenayah terbabit yang juga jirannya.

Sebelum penculikan itu berlaku, ibunya, Puja, berulang kali memeriksa anaknya yang bermain di luar rumah,.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit tiba-tiba dia hilang dan dimaklumkan oleh salah seorang jirannya bahawa anaknya itu mengikut seorang lelaki bernama Singh, yang juga kaki arak.

Puja kemudiannya meminta suaminya, Rakesh Kumar untuk mencari anak mereka dan melaporkannya kea balai polis.

Malangnya, polis tidak mengambil sebarang tindakan. Hanya selepas anak mereka tidak balik ke rumah keesokannya, barulah polis melancarkan operasi mencari kanak-kanak tersebut.

Akhirnya, polis berjaya menemui Singh di sebuah rumah di Noida dan dia mengaku membunuh kanak-kanak tersebut. Dia juga menunjukkan di mana mayat itu ditinggalkan iaitu di celah timbunan sampah .

Mayat Purshotam ditemui dalam keadaan yang menyedihkan dengan mata dan lidah terputus manakala seluruh badannya dipenuhi parut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.