Pengundian Ahad Pilihan Raya Presiden Perancis, Kawalan Ketat

PARIS – Rakyat Perancis membuat pengundian pada hari Ahad dalam pilihan raya Presiden yang dilihat sebagai penting untuk masa depan negara.

Menurut AFP, kaji selidik menunjukkan bahawa hampir satu perempat daripada pengundi masih belum membuat keputusan dan sehingga kini rakyat Perancis lebih mengambil berat tentang pekerjaan dan ekonomi daripada isu keganasan, lapor RTM.

Tetapi penganalisis berkata insiden menembak anggota polis itu boleh beralih pendapat, mungkin akan memberi kelebihan kepada calon dilihat sebagai mengambil tindakan keras tentang keselamatan.

Pilihan raya ini akan diadakan dalam kawalan yang ketat oleh pihak berkuasa, seramai kira-kira 50,000 anggota polis dan 7,000 tentera ditugaskan untuk memberi pelindungan kepada para pengundi.
Tinjauan pendapat dari kajian menunjukkan pesaingan hebat antara empat orang calon dan mereka berharap untuk mendapat undi secukupnya untuk ke pusing kedua pilihan presiden pada Mei 7.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!