Korea Utara Sedia Serang Kapal AS

SEOUL – Korea Utara bersedia menenggelamkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan kekuatan ketenteraannya, ketika dua kapal tentera laut Jepun menyertai kumpulan pengangkut AS itu dalam satu latihan ketenteraan di barat Pasifik.

Menurut Reuters, Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengarahkan kumpulan kapal pengangkut pemusnah USS Carl Vinson untuk belayar ke perairan semenanjung Korea sebagai tindak balas berikutan ketegangan yang memuncak susulan ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan ancaman untuk menyerang AS dan sekutunya, lapor BH.

AS setakat ini belum mengesahkan lokasi sebenar kumpulan kapal pengangkut pemusnah itu ketika ini.

Naib Presiden, Mike Pence berkata, kapal itu dijangka tiba dalam masa beberapa hari tanpa memberikan maklumat lanjut.

Korea Utara yang tetap berdegil dalam media rasminya Rodong Sinmun berkata, “angkatan revolusi kami dalam keadaan bersedia untuk menenggelamkan kapal induk berkuasa nuklear AS dengan satu serangan saja.”

Konflik memuncak apabila Korea Utara menahan seorang lelaki warga Korea-Amerika berusia 50an Jumaat lalu menjadikan jumlah rakyat AS yang ditahan Pyongyang kepada tiga orang, laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.