Video: Penerbangan Parabola, Mikrograviti RM80 Ribu, Bakal Jadi Tarikan Pelancongan

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – Penerbangan parabola bakal menjadi tarikan pelancongan di Malaysia sekali gus akan meningkatkan taraf pendidikan dalam penyelidikan aeroangkasa, mikrograviti di Malaysia.

 

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kerjasama Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) dan ZG Space City (M) Sdn. Bhd. bakal memberikan peluang bagi individu yang mahu merasai pengalaman mikrograviti itu.

 

 

“Mikrograviti adalah penerbangan tanpa graviti. Tetapi jika nak kata ia Zero Graviti itu susah juga, ia mesti ada graviti yang kecil dan minimum.

 

“Saya yakin dan pasti ia akan menjadi tarikan pelancongan dan memberikan peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman ini, disamping dapat mengembangkan lagi bidang ini di Malaysia,”katanya di sidang media majlis pelancarkan Penerbangan Parabola Dan Pelancaran Kelab ZG, malam kelmarin.

 

Sementara itu, menjawab persoalan yang dikemukakan pemberita, Abu Bakar mengakui tiket penerbangan parabola sangat eksklusif, bagaimanapun beliau menjelaskan ia membuka peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri penerbangan parabola yang mewujudkan persekitaran terapung itu.

 

“Tiket penerbangan ini sangat mahal, iaitu USD20,000 (RM80,000) bagi setiap orang (individu).

 

“Bagaimanapun selepas ini boleh mengetahui secara jelas tentang mikrograviti ini,”katanya.

 

Terdahulu, syarikat ZG Space City (M) Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan MOSTI ini turut menubuhkan kerjasama multi-nasional yang kukuh dengan Persatuan Space Tourism, Spaceport Malaysia, SV Torino (Itali), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan FlyJets Sdn Bhd.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.