Video : Dr Sheikh Muszaphar Sanggup Tinggal Anak, Isteri Sekali Lagi Ke Angkasa Lepas

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

GENTING SEMPAH – Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, sanggup meninggalkan anak dan isterinya jika sekali lagi diberi peluang ke angkasa lepas.

 

Mengimbau saat mencipta sejarah negara apabila berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Dr Sheikh Muszaphar mengakui pengalaman terapung diruang angkasa merupakan detik yang tidak dapat dilupakan.

 

“Jika saya diberi peluang, saya sanggup meninggalkan anak dan isteri saya ke angkasa lepas sekali lagi,”luahnya di Majlis Pelancaran Penerbangan Parabola Dan Pelancaran Kelab ZG, yang diadakan di Genting Highland, semalam.

 

Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, sebagai angkasawan, beliau gembira melihat semangat daripada syarikat ZG Space City Malaysia yang percaya kepada industri parabola dan sedang giat mempromosikan penerbangan parabola di Asia.

 

Beliau juga sangat gembira dapat bersama-sama dalam projek mikrograviti tersebut.

 

Terdahulu, bapa dua anak ini mendedahkan perancangan NASA untuk menghantar manusia ke planet Marikh pada tahun 2027. Bahkan, negara turut berpeluang menghantar angkasawan kedua pada tahun 2030.

 

Dr Sheikh Muszaphar berlepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 ke angkasa lepas, menjalankan eksperimen berkaitan sel-sel kanser hati, leukemia dan eksperimen melibatkan mikrob serta penghabluran protein, melibatkan enzim lipase sepanjang menjalani misi selama 11 hari itu.-SuaraTV

 

 

 

Terdahulu, Sheikh Muszaphar selamat mendarat di Bumi, selepas menempuh perjalanan selama tiga jam 23 minit dengan kapsul Soyuz TMA-10 pada tahun 2007.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.