Pemimpin Ajaran Sesat Ayah Pin Meninggal Dunia

JERTIH – Ketua ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 74, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, malam tadi.

 

Isterinya, CheJaharah Awang, 56, berkata, suaminya meninggal dunia, pada 8.30 malam tadi.

 

Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan itu. kira-kira 8 pagi ini.

 

Ayah Pin yang juga pengasas kepada `Kerajaan Langit’ yang disenaraikan kumpulan ajaran sesat itu dikatakan menghidap angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.

 

Beliau meninggalkan tiga balu.

 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.