Konflik Manusia, Buaya Disebabkan Perebutan Sumber Makanan

Peningkatan populasi di antara manusia dan buaya menjadi punca kedua-dua hidupan itu bersaing untuk mendapatkan sumber makanan, kata Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Sapuan Ahmad.

 

Rentetan daripada itu kata Sapuan, buaya-buaya telah bertindak menyerang manusia untuk mendapat sumber makanan mereka.

 

“Peningkatan populasi manusia dan buaya telah menyebabkan sumber makanan menjadi terhad dan menimbulkan persaingan menyebabkan buaya mengganggu manusia,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia peringkat negeri Sarawak di Rizab Semulajadi Bukit Lima di sini.

 

Sebanyak tujuh kes serangan buaya telah direkodkan di seluruh negeri sehingga April ini di mana daripada jumlah itu, tiga mangsa telah meninggal dunia, tiga masih hilang dan seorang mangsa lagi masih hilang.

 

Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan melalui Jabatan Hutan Sarawak akan melaksanakan beberapa inisiatif termasuk mewujudkan ‘Crocodile Free Zone’ untuk menangani perkara itu.

 

Kata Amar, dengan wujudnya kawasan tersebut, ia dapat mengurangkan konflik antara manusia dan buaya selain menjadikan buaya sebagai produk tarikan pelancong ke kawasan yang dikhaskan.

 

“Bagi pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) pula, mereka berusaha memupuk kesedaran orang ramai melalui pelaksanaan kempen 3M.

 

“Kempen ini boleh mempercepatkan pembentukkan nilai konservasi dalam kalangan masyarakat kita agar mereka lebih menghargai kewujudan buaya di sekeliling mereka,” katanya di majlis yang sama.

 

Kempen 3M (mengenali, memahami dan memulihara) buaya bertujuan menyediakan pendekatan yang relevan dan efektif bagi penduduk. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.