Amanah Lawan PAS Di Lima Kerusi PRN Sarawak

KUCHING – Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertembung dengan Pas di lima kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11), umum Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

 

Beliau berkata kawasan berkenaan ialah Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

 

Parti itu juga akan bertanding di lapan lagi kerusi dan akan menyenaraikan  dua calon wanita di kerusi Samariang dan Balingian, katanya pada sidang media di sini malam tadi.

 

Beliau turut mengumumkan kawasan yang akan ditandingi oleh parti itu termasuk senarai calon parti berkenaan.

 

Parti itu akan bertanding di N.05 Demak Laut (Mohammad Fidzuan Zaidi), N.07 Samariang (Nani Sahari), N.16 Muara Tuang (Abang Abdul Halil Naili), N.24 Sadong Jaya (Othman Mustapha), N.26 Gedong (Rapelson Richard Hamit) dan N.27 Sebuyau (Andrew Anak Jain).

 

N.29 Beting Maro (Andri Zulkarnaen Hamden), N.40 Kabong (Jini Sahini), N.41 Kuala Rejang (Sufian Julaihi), N.42 Semop (Fadillah Sabali), N.43 Daro (Ibrahim Bayau), N.44 Jemoreng (Kiprawi Suhaili) dan N.58 Balingian (Nurzaiti Hamdan).

 

Mengulas keputusan Amanah untuk bertanding di 13 kerusi itu yang merupakan kubu kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Salahuddin percaya calon parti berkenaan mampu memberi saingan kepada calon-calon lain. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.