Adenan Satem Isytihar 22 Julai Cuti Umum Sarawak

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengisytiharkan 22 Julai sebagai cuti umum di negeri itu.

 

Menurut beliau, tarikh tersebut dipilih sempena kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.

 

“Secara rasminya, saya umumkan tarikh 22 Julai sebagai cuti umum,” kata Adenan.

 

Pengumuman itu dibuat Adenan ketika ucapan rasminya di Program Sejiwa Senada di Matang, Kuching pagi tadi.

 

Acara tersebut merupakan hentian terakhir bagi Program Sejiwa Senada yang telah bermula sejak awal tahun ini. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.