Video: Kebanyakan Kes Rogol Dilakukan Oleh Pariah Dan Mat Rempit – Alvin Tan

Kuala Lumpur – Selepas dua hari menimbulkan kontroversi kerana menghina azan, blogger seks, Alvin Tan, membuat kecoh lagi semata-mata mahu menimbulkan kebencian antara kaum di negara ini.

 

Kali ini, Alvin mengutuk video iklan khidmat pesanan masyarakat yang dihasilkan oleh Pusat Khidmat ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

 

 

Dia mendakwa bahawa imej masyarakat Cina telah digunakan secara berlebihan dalam video yang berkisarkan tentang kesalahan rogol.

 

“Statistik menunjukkan penglibatan lelaki berbangsa Cina dalam kes rogol adalah kurang,” tulisnya di laman sosial Facebook.

 

Dakwanya, semua pihak mengetahui bahawa kebanyakkan kes rogol yang berlaku adalah dilakukan oleh ‘pariah’ dan mat rempit.

 

“Pariah akan tetap jadi pariah. Saya cuma berharap kempen video ini memaparkan aktor itu sewajarnya.

 

“Kenapa pariah kurang dipaparkan tetapi perlakuan rogol bagi bangsa Cina lebih ditonjolkan,” katanya lagi. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.