Takut Kehilangan Suami, Wanita Cuba Bunuh Diri Di Rembau

Rembau – Penduduk di Pekan Rembau, di sini, terkejut dan cemas apabila mendapati seorang wanita berdiri di atas bangunan tiga tingkat dalam keadaan menangis serta seolah-olah ingin terjun dari bangunan berkenaan.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 31 tahun berkenaan yang berasal dari Sarawak itu dikatakan bimbang dengan tahap kesihatan suaminya yang berusia 40an kerana mengidap penyakit barah hidung tahap empat.

 

Wanita yang diselamatkan itu kemudian dihantar ke Hospital Seremban untuk pemeriksaan.

 

Mangsa merupakan ibu kepada tiga cahaya mata berusia 14, 7 dan 6 tahun.

 

wanita cuba bunuh diri rembau 2Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, PPgB Mohd Ridwan Abd Rahman, sebaik menerima maklumat pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu memujuk mangsa turun dari bangunan berkenaan dengan selamat.

 

“Sebaik tiba wanita berkenaan yang berada di atas bangunan tidak banyak bercakap, namun kelihatan agresif. Kita sentiasa cuba berkomunikasi dengan wanita berkenaan bagi mengelakkan mangsa memikirkan kembali hasratnya untuk terjun dari bangunan berkenaan.

 

“Dari masa ke masa, pasukan penyelamat terdiri dari bomba dan polis memegang mangsa dan sebaik mangsa berjaya ditarik ke atas stretcher, kita terpaksa mengikat mangsa berikutan mangsa agak agresif,” katanya, di sini semalam.

 

Mangsa berjaya di bawa turun kira-kira sejam kemudian iaitu 10.30 pagi.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.