Samsung Tambah Stok Galaxy S6 Edge

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd menambah semula stok telefon Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan daripada pengguna Malaysia.

 

Tempahan bagi Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge memberangsangkan sejak pelancaran pada 2 April lalu dengan Samsung Galaxy S6 Edge Gold Platinum menjadi pilihan dalam kalangan pelanggan Malaysia.

 

Dua model terbaharu Samsung itu menepati kehendak masyarakat Malaysia selain kelebihan dari segi fungsi dan rupa. Kedua-dua telefon itu menggabungkan reka bentuk dengan ciri kuasa.

 

Walaupun harganya agak tinggi dan berada dalam kelas atas telefon pintar, ia menampilkan ciri keselamatan yang maksimum, dengan teknologi KNOX, kadar mengecas yang pantas dan prestasi yang tiada tandingannya.

 

Teknologi KNOX menyediakan perlindungan bagi telefon pintar dan data yang terkandung di dalamnya daripada potensi serangan berniat jahat.

 

Telefon pintar Galaxy S6 yang tipis (6.8 milimeter (mm)) dan ringan (138 gram (g)) itu berharga RM2,599, manakala Galaxy S6 Edge (7.0mm/132g) berharga RM3,099, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.