Rahib Mungkin Dirogol Sebelum Maut

Johannesburg – Polis Afrika Selatan sedang menyiasat kemungkinan seorang rahib berusia 86 tahun yang mati dalam satu rompakan, turut dirogol penjenayah berkenaan.

 

Mayat Gertrud Tiefebacher, seorang warga Austria dari Sacred Heart Home Convent di Kampung Ixopo, barat daya Durban, dijumpai dalam biliknya, Sabtu lalu.

 

Menurut polis, tangan mangsa diikat dengan wayar elektrik dan dia turut dilemaskan menggunakan sehelai tuala.

 

“Mangsa juga disyaki dirogol sebelum dia dibunuh,” demikian menurut satu kenyataan.

 

Sejumlah mata wang asing di dalam bilik mangsa juga hilang.

 

Jurucakap polis, Thulani Zwane berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan masih diteruskan.

 

Jelasnya, Tiefebacher yang datang ke Afrika Selatan 50 tahun lalu, telah berkhidmat untuk Gereja Roman Katolik sepanjang tempoh itu.

 

Komisioner polis wilayah itu, Mmamonnye Ngobeni yang menyifatkan pembunuh terbabit sebagai tidak bertamadun, menyeru masyarakat setempat membantu polis mengesan penjenayah berkenaan.

 

Rogol adalah jenayah biasa di Afrika Selatan, dengan 62,649 kes kesalahan seksual dilaporkan pada 2013 dan 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.