Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Untuk Kemudahan Warga FELDA

ROMPIN – Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Bandar Tun Razak Keratong, Rompin, Pahang yang diadakan pada hari ini memberikan kemudahan kepada semua warga Felda Keratong 1, 2, 3, dan 4.

 

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Ab. Aziz Kaprawi.

 

Khemah pameran keselamatan jalan raya dibuka untuk memberikan penerangan terperinci mengenai ciri-ciri keselamatan atas jalan raya kepada semua penduduk kampung tentang pentingnya menjaga keselamatan ketika berada di atas jalan raya.

 

Selain itu, kaunter semakan status saman, status kenderaan, memperbaharui lesen, memeriksa kondisi motorsikal dan pelbagai lagi dibuka untuk penduduk kampung.

 

Program yang bermula pada jam 9 pagi ini mendapat sambutan dari penduduk kampung Felda Keratong.

 

Untuk rekod, jumlah kemalangan yang dicatatkan di negeri Pahang pada tahun lalu, 2014 adalah sebanyak 539 kes.

 

Manakala 60 peratus dari jumlah tersebut adalah kemalangan maut yang melibatkan kes kemalangan motorsikal. – FeldaVoice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.