Pencarum KWSP Kekal Hak Keluar Caruman Pada Usia 55 – PM

Kuala Lumpur – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal hak untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Beliau berkata, sebarang perubahan hanya terpakai jika ahli memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun.

 

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Invest Malaysia 2015 di sini, sebentar tadi.

 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari.

 

Beliau berkata, KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan hanya akan terpakai kepada caruman baharu membabitkan ahli yang berhasrat menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun.

 

“Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat.

 

Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun,” katanya. -BH Online
BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.