Jumlah Ubat, Alatan Kesihatan Tiada GST Ditambah

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan akan menambah jumlah ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan dalam perkhidmatan kesihatan untuk dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

 

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memutuskan senarai ubat-ubatan dan peralatan kesihatan di bawah Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML).

 

“Setakat ini, 4,215 jenis ubat-ubatan yang tersenarai di bawah NEML telah dikecualikan daripada dikenakan GST,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.