Gambar Selfie TunM Bersama Cucu Jadi Perhatian

Kuala Lumpur – Trend ‘selfie’ kini menjadi ikutan ramai bukan sahaja di kalangan remaja biasa tetapi turut menjadi ikutan golongan artis dan ahli politik.

 

Malah, mereka yang suka ‘selfie’ menjadi golongan utama yang kerap memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

 

‘Selfie’ sebenarnya merujuk kepada perbuatan merakam gambar sendiri secara individu atau berkumpulan mengunakan telefon pintar dan kemudian memuatnaik ke laman-laman sosial ini.

 

Terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak terlepas dengan budaya ini yang dilihar berselfie dengan cucunya Meera Alyana, anak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Gambar-gambar selfie pemimpin kesayangan ramai ini bersama cucunya cukup popular dan dikongsi ramai pengguna laman sosial.

 

Selain Dr Mahathir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berselfie dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.