Kata-Kata Terakhir Puteri Diana Akhirnya Terungkap Setelah 20 Tahun Sesudah Kematiannya

Pada 31 Ogos 1997, Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan kereta di sebuah terowong di Paris, Perancis.

Berita kematiannya tersebar dengan cepat di seluruh dunia. Bayangkan seorang puteri dari kerajaan British harus menghadapi kematian dengan cara yang tragis.

Puteri Diana dikenali ramai selepas berkahwin dengan Putera Charles pada 1981.

Sejak itu hidupnya selalu di bawah sorotan media.

Puteri Diana mendapat perhatian malah semua aspek kehidupannya menjadi sasaran paparazzi.

Salah satu kisahnya yang paling terkenal apabila dia dikenali sebagai kekasih kepada Dodi Fayed, anak seorang jutawan Mesir.

Puteri itu mula bercinta pada tahun 1997.

Ketika kisah percintaan mereka mula didedahkan, paparazzi sentiasa mengekori ke mana-mana hingga sanggup mengekori Puteri Diana dan Dodi Fayed saat mereka meninggalkan The Ritz Hotel pada 31 Ogos 1997.

Sehingga itu keselamatan hotel cuba menipu paparazzi. Sebaik sahaja kenderaan pasangan itu keluar meninggalkan hotel terbabit, mereka masih diekori paparazzi.

Di dalam kereta, Diana dan Dodi duduk di kerusi belakang, sementara seorang pengawal peribadi Al-Fayed duduk di kerusi depan dan wakil keselamatan hotel, Henri Paul memandu kereta Mercedes.

Hanya tiga minit keluar dari hotel, Paul gagal mengawal kenderaan ketika memasuki terowong Pont de l’Alma.

Kereta itu dipandu pada kelajuan 65mph. Paul kemudiannya didapati  berada di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan itu berlaku.

Sejurus selepas kemalangan itu, paparazzi yang mengekori mereka telah melihat asap hitam dari Mercedes berkenaan.

Hanya beberapa jurugambar membantu mangsa kemalangan sementara yang lain hanya sibuk mengambil gambar.

Ini adalah tindakan yang dikutuk oleh seluruh dunia termasuk Putera Harry.

Pasukan bomba kemudiannya segera menyelamatkan mangsa.  Semasa salah seorang daripada mereka , Xavier Gourmelon cuba menarik Puteri Diana keluar dari kenderaan terbabit, dia mendengar kata-kata terakhir puteri itu.

Gourmelon memberitahu selepas kedatangan mereka, mereka melihat Puteri Diana dalam keadaan sedar dengan mata terbuka lebar ketika mereka cuba memotong potongan logam di belakangnya di mana dia tersepit.

Kemudian, Diana diletakkan di atas pengusung. Apabila diangkat atas pengusung, dia menderita serangan jantung namun bomba berjaya membantunya.

Puteri Diana mula bernafas dan anggota bomba menyangka beliau akan bertahan.

“Jarak kami sangat dekat dan kami mengambil masa kurang daripada tiga minit untuk sampai ke sana. Dengan 10 anggota kami menggunakan dua trak api  dan kami hanya menguruskannya sebagai kemalangan jalan raya

“Kami  terus pergi untuk melihat siapa yang memerlukan bantuan dan yang masih hidup. Apabila saya sampai ke kereta, saya dapat melihat pemandu itu telah meninggal duniai dan tiada apa yang boleh dilakukan untuknya.

“Fayed berada di belakang dan dalam keadaan yang teruk, dia mengalami serangan jantung di dalam kereta dan apabila dia dibawa keluar, dia telah diisytiharkan meninggal dunia oleh paramedik. Pengawal di hadapannya sedar, tetapi dia terperangkap dan tercedera, “kata Gourmelon.

“Pengawal itu bertanyakan keadaan Puteri Diana tapi pasukan saya menyuruhnya untuk tenang dan tidak bercakap. Saya katakan kepadanya bahawa tiada seorang pun anggota saya yang fasih berbahasa Inggeris.

“Saya memintanya supaya tidak bimbang. Manakala wanita itu, yang kemudian saya dapati adalah Puteri Diana, berada di tempat duduk belakang. Beliau tidak banyak bergerak saya boleh mendapati beliau masih hidup.

“Saya melihat dia mengalami luka ringan pada bahu kanannya, selain itu, tidak ada luka yang ketara. Sama sekali tidak ada darah di tubuhnya, “kata Gourmelon.

“Saya memegang tangannya dan memberitahunya untuk tenang dan berdiam diri, saya memberitahu dia saya berada di sana untuk membantu dan meyakinkannya.

“Dia berkata, ‘Ya Tuhan, apa yang berlaku?’ Saya memberinya oksigen dan saya berada di sampingnya ketika dia dibawa keluar dari kereta. Sejujurnya saya fikir dia akan pulih.  Setakat yang saya tahu, semasa berada di ambulans, Puteri Diana masih hidup dan saya berharap beliau tetap hidup.

“Namun kemudiannya saya mengetahui beliau meninggal dunia di hospital. Ia sangat menyedihkan. Saya tahu ada kecederaan dalaman yang serius. Semuanya masih dalam fikiran saya. Dan kenangan malam itu akan kekal dengan saya selama-lamanya, ” tambah Gourmelon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.