Samsung Tawar Potongan RM500 Untuk Model Galaxy S7 dan S7 Edge

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics (Samsung) menawarkan potongan sebanyak RM500 bagi setiap pembelian telefon pintar Galaxy S7 dan S7 edge.

Samsung berkata, promosi tersebut bermula hari ini sehingga 9 April 2017 dan boleh ditebus menerusi aplikasi mySamsung.

Katanya, tawaran itu juga sah bagi kesemua varian warna model berkenaan termasuklah bagi Galaxy S7 edge edisi Black Pearl 128GB.

“Promosi ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan sah di semua rangkaian Samsung Experience Stores dan pengedar sah Samsung,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Samsung Galaxy S7 dijual pada harga RM2,699 dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna Hitam Onyx, Emas Platinum dan Perak Titanium.

Sementara itu model Samsung Galaxy S7 edge pula ditawarkan dalam enam pilihan warna Black Onyx, Gold Platinum, Silver Titanium, Pink Gold dan Blue Coral serta Black Pearl dan dijual pada harga RM3,399.

“Samsung Galaxy S7 edge 128GB dalam Black Pearl adalah edisi baharu yang diwujudkan untuk pengguna zaman moden yang suka bergaya bagi melengkapi personaliti penggunanya,” katanya. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.