Pink Taxi Perkhidmatan Terbaharu Elak Gangguan Seksual

LAHORE – Golongan wa­nita di Karachi kini tidak perlu bimbang dengan ancaman seksual ketika menaiki teksi apabila sebuah perkhidmatan terbaharu, Pink Taxi diperkenalkan baru-baru ini.

Uniknya, Pink Taxi menawarkan pemandu wanita yang terdiri daripada golongan suri rumah, remaja dan pelajar.

Pelanggan yang berminat boleh menempah Pink Taxi menggunakan telefon, aplikasi, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pun menunggu di tepi jalan.

“Pemandu kami memakai tudung berwarna merah jambu dan kot hitam sebagai uniform,” kata pengasas Pink Taxi, Ambreen Sheikh.

Dalam pada itu, satu laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Sumber Urban Karachi menunjukkan ramai wanita berdepan masalah gangguan seksual ketika menggunakan pengangkutan awam.

Malahan, berdasarkan kajian dilakukan Organisasi Buruh Antarabangsa mendedahkan ramai wa­nita Pakistan tidak bekerja ke­rana bimbang pengangkutan awam tidak selamat untuk kaum wanita.

Sementara itu, Menteri Pe­ngangkutan Wilayah Sindh, Syed Nasir Hussain Shah berkata, beliau menyedari wanita sentiasa mengalami gangguan seksual ketika menggunakan pengangkutan awam.

“Wujudnya pengangkutan awam yang dikhaskan untuk mereka akan dapat menyelesaikan masalah dihadapi oleh golo­ngan berkenaan,” katanya kepada sebuah stesen penyiaran tempatan. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!