Kelantan Akan Diumum Bebas Wabak H5N1 Jika Tiada Penemuan Baru

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekiranya tiada kes terbaru melibatkan selsema burung (H5N1) di Kelantan, maka negeri berkenaan akan diisytiharkan bebas daripada wabak berkenaan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hasil pemeriksaan di kawasan lingkungan 10 kilometer persegi di negeri itu mendapati jika keadaan itu berterusan, maka status berkenaan boleh diberikan kepada Kelantan.

“Perlu diambil perhatian dalam isu berkaitan penyakit selsema burung atau H5N1 di Kelantan, tiada penemuan baru.

“Kalau keadaan ini berterusan, kita boleh isytiharkan keadaan (kembali) pulih terutama dalam 10 km radius. di kawasan berkenaan di kelantan,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Sehingga semalam, enam jajahan iaitu 14 lokasi di Kota Bharu, Pasir Mas (enam), Tumpat dan Pasir Puteh (masing-masing tiga) manakala Tanah Merah dan Bachok (masing-masing satu) terlibat dengan wabak berkenaan.

Malah ekoran wabak berkenaan sejumlah 37,555 ternakan sudah dilupuskan manakala 15,348 telur telah dimusnahkan.

Sejumlah 3,457 sampel daripada 584 pemilik premis ayam dan ternakan burung telah dikaji sehingga kini.

“Kementerian sudah mengambil dua tindakan antaranya pelupusan dan pencegahan.

“Hampir 200 kakitangan kementerian, RELA, JPAM, Kementerian Kesihatan ada di Kalangan dengan membuat pelupusan, pemantauan, langkah pencegahan keluar (ayam dan ternakan burung) bagi mengatasi penularan dan dibuat hanya di negara Kita,” ujarnya lagi.

Ekoran penularan wabak berkenaan, segala jalan keluar daripada negeri itu kini dipantau rapi daripada sebarang aktiviti membawa keluar ayam dan ternakan burung.

Mengulas lanjut, export hasil ayam dan ternakan burung ke negara jiran Singapura didapati terjejas.

“Kesan (penularan wabak H5N1) kepada perdagangan bahawa Malaysia ada virus ini. Singapura akan ambil tindakan henti ambil import ayam dan burung daripada negara kita melibatkan RM1.4 bilion, satu angka besar.

“Apabila kes ini diketahui diisytiharkan, buat sekatan sementara kepada import sarang burung walit kita, di mana perkara ini serius, sekatan ini boleh menganggu perdagangan kita, china melihatkan RM134 juta.

“Keseluruhan import burung walit, bernilai RM340 juta. boleh mengancam punca pendapatan bagi mereka yang ada dalam industri.,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.