Hafiz Hamidun Selamat Tunang Pengasas Kosmetik

SHAH ALAM – Selebriti, Hafiz Hamidun kini sah  bertunang dengan pengasas kosmetik, MERVE, Joy Revfa atau Siti Arifah Amin , 30, dalam satu majlis khas yang diadakan di The Venue Shah Alam pada 22.3.2017.

Perkenalan singkat Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa tidak menghalang mereka untuk bernikah Mei depan selain dia menganggap Joy mampu membawa kebahagiaan dalam rumah tangga mereka nanti.

Jelas Hafiz, 33, dia memilih Joy Revfa sebagai bakal isterinya bukan kerana harta disebabkan kedua-dua mereka mempunyai perniagaan sendiri.

Perkenalan mereka yang sangat singkat, tidak menjadi masalah buat hafiz untuk memilih Joy Revfa sebagai isteri dan dia percaya mereka boleh saling kenal mengenai lagi lepas ini.

Joy memilih Hafiz kerana sikap Hafiz yang tenang membuatkan dia terbuka hati untuk berkahwin lagi selepas perkahwinan pertama gagal hampir tiga tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun

“Dia seorang yang sangat tenang dan penyayang. Hafiz sangat berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenali.

“Saya yakin dia dapat bimbing saya dan anak hingga ke syurga. Saya berdoa hubungan ini sampai ke akhir hayat kami,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.