TMJ Sifatkan Tun Mahathir Sebagai Tamak Haloba, Gila Kuasa

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau tidak akan melupakan sejarah hitam yang pernah melanda antara istana Johor dengan kerajaan persekutuan ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Tunku Ismail melalui posting di Johor Southern Tigers hari ini berkata ekoran krisis perlembagaan tersebut pelbagai insiden telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk memalukan Istana Johor.

 

“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.

 

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

 

“Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” ujarnya memetik kenyataan status tersebut.

 

Melalui status yang sama Tunku Ismail turut menyifatkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang gila kuasa kerana cuba memanipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri.

 

“Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami.

 

“Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

 

“Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.

 

Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat,” tegas Tunku Ismail lagi.

 

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun majoriti pengikut Tunku Ismail yakin ia di tujukan kepada Tun Mahathir yang merupakan perdana menteri pada ketika itu.

 

Malah pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini pernah membidas tindakan Tun Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang baharu boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong pada 1983 sehingga mencetuskan krisis.

 

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir turut melucutkan kekebalan raja-raja Melayu agar boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas serta menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja Melayu. – SuaraTV

 

6 thoughts on “TMJ Sifatkan Tun Mahathir Sebagai Tamak Haloba, Gila Kuasa

  • March 23, 2016 at 11:45 pm
    Permalink

    Dia pernah digelar sebagai saorg keras kepala (incalcitrant) dan mendendam dgn S’pura apabila diberi berbagai syarat utk mendapat bantuan pinjaman duit RM5 billion semasa krisis kejatuhan mata wang di Asia dan bertegang urat utk meneruskan pembenaan jambatan bengkok diTambak Johor hingga sekarang, tetapi kebaikannya utk mempertahankan ketuanan org Melayu mendapat keistimewaan dlm biasiswa,kontrek,perkerjaan dan jawatan tinggi didlm kerajaan sangat dihargai. Sememang banyak faedahnya jika diteruskan membena jambatan bengkok itu supaya air laut dan perkapalan bolih lalu. kesesakkan kenderaan bolih diatasi jika jambatan itu diperluaskan hingga keS’pura, kita jgn tunduk sangat dgn kerajaan S’pura walaupun mereka banyak melabur dgn kita, itu semata mata utk mendapat keuntungan. Sepatutnya S’pura jgn dilepaskan dari M’sia dahulu selepas cetusan bantahan dari raayat S’pura, kita istiharkan ‘martial law’ dgn
    menghantarkan askar disana, inilah satu kesilapan yg amat besar kita telah tunduk dgn kedegilan Lee Kuan Yew.

    Reply
  • March 24, 2016 at 1:08 pm
    Permalink

    Tmj y u jangan lihat belakang pandang hadapan limabelassen us sama 1rm malaysia utu yang mahadir lihat sorry

    Reply
  • March 26, 2016 at 5:32 am
    Permalink

    Pandanglah kedepan Shah dan lihat duit ringgit sekarang ialah RM4.06 kpd US dollar. Duit kita berubah disebabkan Yuan China dan kita bayar minyak petrol sekarang RM1.60 shj. dia difloat mengikut harga pasaran minyak dunia. Kita tunggu shj laporan yg akan dibuat olih Governor Zeti dari BN sebelum dia bersara. Mengikut pakar duit antarabangsa duit kita telah ditaksir kurang sebanyak 28% nilainya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.