Saman PM, Mahathir Mahu Cari Publisiti Kata Jur Jazlan

KUALA LUMPUR – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menuntut ganti rugi teladan bersabit isu derma RM2.6 bilion disifatkan sebagai meraih publisiti murahan.

 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed kemudiannya mempersoalkan ‘locus standi’ Mahathir untuk berbuat demikian berikutan isu derma itu langsung tiada kaitan dengan dirinya.

 

Malah, Nur Jazlan turut beranggapan bekas perdana menteri itu sengaja berbuat demikian untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Najib.

 

“Apa yang beliau (Mahathir) lakukan ini sebagai gimik politik, hendak dapatkan publisiti sahaja.

 

“Kalau dalam sistem mahkamah pun, beliau tiada ‘locus standii’ kerana jumlah RM2.6 bilion bukan berkenaan dengan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, hari ini.

 

Ahli Parlimen Pulai itu juga menegaskan sama ada atas nama bekas perdana menteri atau rakyat sekalipun, Mahathir tidak ada keperluan untuk menyaman Najib.

 

Terdahulu, Mahathir pada hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas sebab kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku ‘tort misfeasance’ dalam jawatan awam.

 

Selain Mahathir, plantif yang lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Ketia Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

 

Tuntutan saman ganti rugi teladan sebagai RM2.6 bilion, manakala ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

 

Ketiga-tiga invidu ini adalah antara yang bersetuju dan menandatangani Deklarasi Rakyat untuk mendesak Najib berundur sebagai Perdana Menteri.

One thought on “Saman PM, Mahathir Mahu Cari Publisiti Kata Jur Jazlan

  • March 24, 2016 at 10:02 pm
    Permalink

    Tun tiada lokus standi.Ini hakikatnya.Cubaan untuk menyaman defendan akan di ujikaji pada peringkat awal oleh Mahkamah.Jika ada unsur unsur keraguan menasabah dan tidak dapat melepasi garisan ‘Beyond Reasonable Doubt ‘ maka akan terlucutnya lokus standi.Pada fakta fakta sediada,pihak plaintif harus membuktikan mereka ada lokus standi dan mampu melepasi garisan merah dengan mahkamah mengambil kira fakta fakta eksibit.Walau melepasi 90 peratus dengan berbaki 10 peratus keraguan maka kes selalunya boleh berpatah balek iaitu ‘Reverse Charge’.Adakah tun dengan baki usia pada angka 91 boleh naik turun mahkamah yang di jangka mungkin mengambil banyak tahun.Peringkat mahkamah tinggi,mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah aras perundangan yang selalunya mengambil banyak tahun untuk mencapai kemuncak kehakiman.Tun yang sebetulnya ‘Super Ego’ yang boleh di definasikan sebagai ‘Less Wise but Slightly Better Than Idiot’

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.