Video: Meracau Sebelum Terjun Ke Dalam Tasik

Kuala Lumpur – Pengunjung Taman Tasik Ampang Hilir gempar apabila melihat wanita berusia 20-an dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik sebelum diselamatkan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petang Ahad.

 

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, wanita terbabit dikatakan secara tiba-tiba terjun ke dalam tasik berkenaan dan usaha orang awam untuk memujuknya kembali ke tepi tasik gagal.

 

 

Menurut pegawai bertugas dari Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Inspektor Norrizan Ahmad, insiden tersebut berlaku kira-kira jam lima petang semalam.

 

“Wanita itu masuk ke dalam tasik hampir sejam dan tidak mahu naik ke darat. Bagaimanapun, syukur anggota kami berjaya memujuknya dengan kerjasama pihak polis,” katanya.

 

Inspektor Norrizan berkata pada mulanya wanita tersebut kelihatan mundar-mandi di kawasan tasik tersebut dalam keadaan meracau dan kemudiannya terjun ke dalam tasik berkenaan walaupun dihalang oleh orang ramai daripada meneruskan niatnya.

 

Menurutnya, wanita terbabit berkeras untuk terus berada di tengah tasik walaupun pihaknya sudah memujuk wanita itu selama lebih satu jam.

 

“Pihak kami menerima panggilan pada jam 4.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian. Ini merupakan salah satu bantuan kemanusiaan yang DBKL sediakan. Kami bantu sekadar yang boleh. Apa yang boleh dibantu, kami bantu.

 

“Menurut pegawai yang bertugas, pada mulanya wanita itu dipujuk supaya membatalkan niatnya tetapi tidak memberi sebarang respon. Selepas hampir sejam dipujuk anggota Skuad Penyelamat, barulah wanita itu memberi respon dan keluar dari tasik tersebut,” katanya.

 

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan beliau juga sedang menunggu laporan kejadian tersebut diserahkan kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.