Video: ‘Makcik Payung’ Pukul Dan Ludah Pelancong Perancis

Miri – Tindakan seorang pelancong yang menjerit bagi mengelak dari dilanggar mengundang padah apabila diserang dalam satu kejadian di Kin Link Apartment Pulau Melayu, disini pagi tadi.

 

 

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi SuaraTV kejadian berlaku di tempat letak kereta Korop 10 apabila mangsa bersama ibunya dalam perjalanan untuk membeli sayur.

 

“Ketika emak mangsa sedang menunggu di belakang keretanya, tiba-tiba sebuah kereta yang berada di sebelah kiri mengundur dan hampir melanggar emaknya.

 

“Mangsa kemudiannya berteriak kepada pemandu kereta tersebut utk menunjukkan kehadiran mereka (namun) seorang perempuan yang memandu kereta tersebut keluar dalam keadaan agresif membawa payung dan meludah mereka” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Gan suspek turut memukul mangsa di kepala sebanyak tiga kali.

 

“Kawan kepada mnagsa cuba menghalang suspek tetapi tidak diendahkan oleh saspek.

 

“Akibat kejadian tersebut, suspek mengalami kecederaan di kepala” ujarnya lagi.

 

Saksi yang berada di tempat kejadian kemudiannya merakamkan aksi tersebut sebelum memuatnaik di laman media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.