Video: ‘Bulan-Bulan Makan Duit, Cakap Banyak’

Kuala Lumpur – Rakaman pergaduhan mulut antara penyewa dan tuan rumah tersebar di laman media sosial sejak semalam.

 

Menurut sumber kejadian tersebut berlaku apabila penyewa rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tuan rumah yang memotong bekalan elektrik di rumah tersebut tanpa memberikan sebarang notis.

 

Berdasarkan rakaman berdurasi dua minit dua saat yang disebarkan itu, wanita yang dikatakan peyewa rumah tersebut berang dengan tindakan yang disfatkan tidak berperikemanusia itu.

 

 

“Hei babi lu, duit bulan-bulan you angkat (tapi) you bikin ini macam, lu orang punya mulut ini macam tarak baik punya mulut, bulan-bulan angkat duit, you orang buat ini macam.

 

“Hei tuan you mampus la, you punya cucu lima orang pun sekali mampus, you ingat api sudah potong saya mau keluar dari ini rumah ka? ” katanya berdasarkan video tersebut.

 

Sementara itu menurut pemiliik rumah terbabit, keluarga tersebut gagal menjelaskan sewa bulanan yang ditetapkan selama 6 bulan.

 

Manakala bil elektrik rumah tersebut turut mengalami tungakkan sebanyak RM8,000.

 

SuaraTV difahamkan bagi mengelakkan bil tungakkan meningkat, pemilik rumah bertindak memaklumkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemotong.

 

Anggota polis turut berada ditempat kejadian bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dinggini berlaku.

 

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila dan dimana kejadian ini dirakaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.