Prasarana Sahkan Siling Stesen LRT Masjid Jamek Runtuh

Kuala Lumpur – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan insiden runtuhan siling di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur hari ini.

 

Pengurus kanan Prasarana (komunikasi dan hal ehwal media) Azhar Ghazali berkata dalam kejadian 2.10 petang itu, struktur siling di Platform 1 bagi laluan menghala ke Kelana Jaya, dipercayai runtuh secara tiba-tiba.

 

Bagaimanapun, katanya operasi perjalanan pengguna LRT kembali pulih seperti biasa selepas itu.

 

“Tiada penumpang ketika kejadian itu. Punca kejadian masih disiasat.”

 

Azhar berkata kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan siling itu selesai kira-kira 4.45 petang tadi. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.